TIADA CAJ dikenakan & segalanya akan kami uruskan.
Kami akan bantu anda agar lebih jelas dengan urusan jual beli rumah melalui khidmat nasihat secara professional mengikut standard yang telah ditentukan oleh Lembaga Penilai Pentaksir Ejen Hartanah (LPPEH) sebagai seorang ejen hartanah berdaftar dan terlatih. Ini penting kerana seorang Ejen Hartanah Berdaftar yang menguruskan jual beli rumah & hartanah sentiasa dipantau oleh LPPEH supaya kepentingan pihak penjual & pembeli terpelihara.
Kami akan memberi penerangan yang jelas dan telus kepada anda berkenaan proses pindah milik & jual beli rumah & hartanah anda. Sebagai ejen hartanah, segala kemusyiklan & persoalan berkaitan urusan jual beli rumah akan kami bantu supaya anda lebih jelas & bersedia sebelum urusan jualan rumah dibuat
Kami akan bantu anda membuat analisa pasaran semasa kerana ia penting bagi menentukan rumah anda boleh dijual pada harga yang terbaik mengikut tempoh masa yang anda perlukan sesuai dengan keadaan pasaran semasa.
Kami akan bantu anda buat semakan harga pasaran rumah anda secara PERCUMA. Ini penting bagi mengelakkan anda rugi besar akibat kesilapan harga jualan & memastikan rumah cepat jual serta dijual pada keuntungan maksima.
Kami juga akan bantu anda dengan penjelasan maklumat-maklumat penting yang perlu anda tahu untuk memastikan rumah anda lebih bersedia untuk dijual bagi menarik perhatian bakal pembeli dan seterusnya rumah dapat dijual dengan cepat.
Kami kongsikan bagaimana nak pastikan rumah anda cepat terjual melalui medium pemasaran yang betul dengan potensi pemasaran ratusan agen hartanah dalam satu-satu masa.
Kami akan kongsikan info penting untuk pastikan semua transaksi jual beli atau sewa hartanah berjalan lancar dan mematuhi peraturan dan undang-undang agar kepentingan anda sebagai penjual terpelihara.